nuffnage iklan

syu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, February 28

luahan bodoh

aku tahu apa yang akan ku tulis kan ini sangat bodoh....
namun inilah luahan hati ku...
kita kenal bukan kerana kita berkawan di laman sosial...
kita kenal bukan di tepi jalan....
aku menjadi kawan bukan kerana kau seperti zack dalam azura...
aku menjadi kawan kau bukan kerana kau kacak bagai aril...
tidak...
aku tanpa sedar ingin berkawan dengan kau...
kerana?
kau kebudakan...
cara kau, gaya kau, usikkan kau...
sudah jarang aku dapat usikan bergitu...
di dunia universiti ni lain sangat....
dan aku rasa lelaki di sini semua nya tak menarik...
aku melihat mereka seperti orang tua yang terlalu asyik belajar...
sayang nya orang-orang tua ni juga gatal dan bernafsu seperti orang muda...
tentulah! mereka semua masih muda...
tapi kau...
kelihatan sama...
namun hati aku kata tidak...
entahlah....
aku pernah simpan text pertama yang kau panggil aku sayang...
masa tu kau memang dah gatal...
aku tahu, masa tu kau sama je macam yang lain...
tapi hati aku mendesak membuat aku menipu...
pada siapa?
pada diriku sendiri...
bodoh?
buakn tu ke yang kebanyakan anak muda ni buat?
bukan ramai ke lelaki yang aku layan?
mereka hanya kawan...
tapi kenapa sekarang aku beritahu kau tentang ni?
sebab aku baru sedar bertapa aku cemburu melihat kau dan dia...
sebab aku baru sedar yang aku suka pada kau...
kenapa aku mengendahkn kau beberapa hari ni?
kerana aku pernah terdetik mahu merampas kau...
hati tamak mengatakan aku berhak mengambilkau dari dia...
tapi...
kau bukan seperti mereka...
kau setia pada dia...
aku akui tu...
kau boleh menangis kerana dia...
dan aku percaya,
hanya cinta sejati mampu buat bergitu...
dan kenapa aku kene tulis ni pula kan?
kerana aku mahu kau baca...
dan aku mahu kau baca tanpa kau sedari aku tujukan ini untuk kau...
supaya kau masih boleh menerima aku sebagai kawan...
cuma mungkin kau mulai sedar aku sukakan kau...
dan kau akan memberi tiada harapan pada aku...
tapi bukan menjauhi aku...
ahhhh!
terlalu keliru fikiran ku...
fikiran ku serabut...
hari ini,
aku meluangkan sepenuh masa ku melihat kau bahagia dengan si dia...
kerana esok,
aku berharap, ketika kau membaca ini,
aku telahpun berlalu dan tanamkan perasaan terhadap kau dalam-dalam...
sehingga aku sendiri lemas untuk memikirkan nya...
inilah selamat tinggal ku untuk kamu...

No comments:

iklan nuffnage

becinta