nuffnage iklan

syu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 29

its simply a love story

dia, gadis, berambut ikal, namun tudung tetap melitupinya, bercita-cita tinggi, hatinya lembut, namun hatinya juga keras bila keadaan mendesak, di balik tangisnya, di situ lah terletak keyakinan dan kekuatannya. itu lah dia Sue.
dia, jejaka, berambut kerinting, tinggi, tidak begitu kacak, kedudukan akedemik yang sederhana, punya hati yang keras, namun tetap snsitive, hatinya luhur bila menyayangi, tidak matang dalam soal hati, agamanya terjaga, itu lah dia muhammad.

mencintai adalah perkara yang amat menyakitkan buat Sue. dia pernah menyakiti hati lelaki, lelaki juga pernah menyakiti hatinya. bertahun dia menjalani hidupnya, untuk kali pertama dia berjumpa dengan seorang lelaki yang amat dia cintai, lelaki yang ingin dia menjadi yang halal baginya, lelaki yang mampu membuat dia untuk tidak berdendam walaupun hatinya disakiti.
bagi Muhammad, cinta adalah amat mengelirukan. dia telah berjumpa cintanya di semenanjung sebelum dia melanjutkan pelajaran di Serawak. perjalanan cinta muhammad dan kekasih nya seperti pasangan kekasih biasa. keluarga juga telah mengetahui tentang hubungan mereka, dan merestui. namun setelah beberapa tahun mereka bersama Muhammad terpaksa melanjutkan pelajaran ke Serawak. di serawak, pada satu majlis amal, Muhammad telah berjumpa dengan seorang gadis yang telah menyelamatkan dia dari terhempap lampu. gadis itu sungguh luhur, kelakar, suka tersenyum, dan untuk kali kedua hati Muhammad bergetar dan jatuh cinta.

pada 31 Julai 2009.
ya. itulah waktunya, seorang hawa bernama Sue dan adam yang bernama Muhammad bertemu. buat kali pertama, mereka bertemu oleh takdir dalam keadaan yang begitu mencemaskan. namun keadaan itu telah membuat mereka menjadi teman rapat. tanpa disangka, suatu hari, cinta mula berputik di hati.

31 Ogos 2009
pada kedinginan malam itu entah apa yang merasuk mereka berdua, Sue terlupa akan niat sebenarnya untuk ke universiti itu. Muhammad pula seakan terlupa akan kekasih yang berada di semenanjung. Mereka telah meluahkan rase cinta yang terpendam di hati. setelah kata-kata cinta di ucap, mereka masing-masing saling berpandangan. tidak menyangka, perbualan yang seakan-akan gurauan cinta, adalah luahan perasaan masing-masing. mereka tertawa, tersenyum dan kerap merenung mata antara satu sama lain. tiba-tiba Muhammad berkata, " saya suka tengok awak senyum. awak comel". makin manis senyuman Sue. "saya pun suka senyum pada awak. terima kasih sebab awak rase saya comel.hehe" kata Sue. mereka kemudian tertawa dan terdiam. masing-masing seakan-akan berbicara melalui hati..

15 september 2009
Sue merasa bahagia. Muhammad sangat memahaminya. Sue tak pernah mahu serius dengan hubungan nya sebelum ini. baginya, hubungan di waktu-waktu belajar ini adalah satu permainan dan cabaran yang harus dia mainkan. namun setelah dia mengenal cinta Muhammad, Sue mula untuk mengambil serius tentang hubungan nya. Sue mahu menjadi kekasih halal untuk Muhammad. Muhammad seorang yang sangat baik pada Sue. Mungkin dia tidak sealim ustaz-ustaz yang Sue kenali. namun dia sering mengingatkan Sue untuk menjaga amal ibadatnya. Muhammad juga sering menjaga batas perhubungan mereka.

11 november 2009
cuti semester telah tiba. Muhammad telah menempah tiket awal. dia telah pulang ke semenanjung. sayu hati Sue terpaksa melepaskan pemergian Muhammad. kalau di ikutkan hatinya, ingin saja Sue ikut Muhammad pulang ke semenanjung. Lagipun Sue sememang nya ada sedara jauh yang tinggal di perak. namun, Sue tidak bertindak gila. dia memilih untuk berada di samping keluarga sepanjang cuti sem itu.

25 november 2009
hari ini hari lahir Muhammad. Sue bergitu gembira. seminggu yang lepas, Sue telah menempah tiket untuk terbang ke semenanjung untuk menyambut hari lahir Muhammad. setiba di KLIA, Sue terus hubungi Muhammad untuk beri kejutan. namun kejutan yang sepatutnya indah, menjadi kejutan yang mendukakan buat Sue. Sue terserempak dengan Muhammad ketika dia sedang membeli-belah di sebuah pusat beli-belah. keadaan itu amat mengejutkan Sue. Muhammad sedang berjalan dengan seorang perempuan. hancur hati Sue melihatnya. mereka kelihatan sungguh rapat. Sue cuba berfikiran positif. tanpa Sue sedari, kakinya melangkah ke arah mereka. namun sikap Muhammad amat mengejutkan Sue. Muhammad seakan-akan amat marah melihat Sue menuju ke arah mereka. Muhammad menarik tangan perempuan tersebut dan berlalu pergi. dalam keadaan yang serba tidak kena itu Sue pun terus menghubungi Muhammad. namun usaha Sue hampa. Malam itu Sue terus menempah tiket balik ke Serawak.

29 November 2009
semua pelajar telah balik ke kampus. begitu juga Muhammad dan Sue. sudah lama Muhammad tidak menghubungi Sue. tiba-tiba, pada hari pertama kelas, Sue mendapat satu pesanan ringkas dari Muhammad. Muhammad meminta supaya Sue berjumpa dengan nya. Muhammad merasa bersalah tentang apa yang telah berlaku di semenanjung tempoh hari. setelah berbalas-balas SMS selepas beberapa lama tidak berhubung mereka membuat keputusan untuk berjumpa di taman bunga pada esok harinya.

30 November 2009
di taman bunga Sue dan Muhammad seperti biasa. batas jarak masih di jaga. namun hari itu, Sue kelihatan lain. hairan melihat keadaan Sue, Muhammad bertanya, " Sayang, kenapa ni? sayang tak suka ke dapat jumpa Abang?". Sue tiba-tiba menitiskan air mata. "Abang, Sue mahu tanya Abang sesuatu. Boleh tak?"Sue bersuara sejenak. pantas Muhammad mengangguk. " Abang sayangkan Sue?". sekali lagi Muhammad mengangguk." boleh Sue tahu, siapa yang bersama Abang tempoh hari? Abang tolong jujur dengan Sue ya".
Muhammad terdiam. entah apa yang difikirkannya. keadaan Muhammad menjadi serba salah. setelah beberapa ketike Muhammad bersuara, "dia tunang Abang". Muhammad menutup mata seakan-akan bersedia untuk di tampar atau di pukul. tapi tiada apa yang berlaku. di buka matanya. Muhammad terkejut apabila dia melihat Sue masih tersenyum di depannya walaupun air mata sudah mula berlinangan di matanya.
"kita putus ya. Sue mahu Muhammad gembira. Kita kawan sajalah. Jangan Muhammad duakan dia lagi. Biar Sue yang mengundur diri". Muhammad terpaku. untuk kali pertama Muhammad merasa begitu sedih. di rentap tangan Sue yang sudah mahu berlalu pergi. itulah buat kali pertama Muhammad menyentuh Sue.
"Muahmmad minta maaf Sue. tapi ape yang Muhammad cakap selama ini adalah betul. Muhammad memang cinta akan Sue". Sue hanya tersenyum. " Muhammad. cukuplah hanya Sue yang terluka. kita putuskan hubungan ni sebelum tunang kamu tahu. Sue tak mahu jadi perampas. Sue harap Muhammad faham. kisah kita berakhir di sini". Sue berlalu pergi. sejak dari itu tidak lagi mereka berhubung. Hubungan mereka telah berjumpa dengan pengakhirannya.

5 tahun berlalu.....
30 November 2014
pasar raye jaya jusco melaka, kelihatan sibuk. Sue dan bakal suami sedang sibuk memilih cincin pernikahan mereka. Sue kelihatan bahagia. dalam kesibukan itu, tanpa disedari, si dia yang sudah lama tidak berjumpa terserempak dengan Sue. Muhammad. mereka seakan di bayangi kenangan indah yang pernah di lalui. Muhammad kelihatan berseorangan. "KRING!!!KRING!!!" 'ring tone' bakal suami Sue berbunyi. Sue di tinggalkan sendirian. tanpa sedari, kaki Sue melangkah longlai ke arah Muhammad. begitu juga Muhammad. andai di ikutkan hati Muhammad, ingin saja dia berlari ke arah Sue. ingin saja dia mendakap Sue. namun imannya masih teguh. dia hanya berjalan ke arah Sue tenang. setelah lima tahun berlalu, baru kini mereka dapat bertentang mata. ". "assalamualaikum... " Muhammad memberi salam kepada Sue. Muhammad kelihatan matang. dia tersenyum melihat Sue yang masih cantik seperti dulu. masih polos, masih kecil darinya. Sue hanya tersenyum dam menjawab salam Muhammad. " Sue sudah kawin?" soalan itu tiba-tiba terpacul dari mulut Muhammad. Sue hanya menggelengkan kepalanya. "jadi siapa lelaki tue?" tanya muhammad lagi sambil tersenyum. "itu tunang Sue. kami akan kawin sebulan lagi. Muhammad dan tunang Muhammad sudah kawin?" tanya Sue pula. muhammad hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. suasana sunyi tiba-tiba menyelubungi mereka. "Muhammad putus tunang 5 tahun lepas. Muhammad minta maaf sebab Muhammad masih belum lupakan Sue" Muhammad tunduk malu dengan dirinya. Sue masih lagi tersenyum. " terima kasih Muhammad. Sue pun blum lupakan Muhammad". Muhammad tercengang. " macam mana Sue boleh kata Sue belum lupakan Muhammad sedangkan Sue sudah mahu kawin bulan depan??". "Muhammad, Sue memang belum lupakan Muhammad. Sue belum lupakan kenangan kita. dan, Sue juga tak kan pernah lupakan semua itu. tapi, Muhammad kena tahu, tiada lagi cinta antara kita. hati Sue hanya untuk bakal suami Sue. dan Muhammad adalah kenangan terindah  Sue. " hanya itu yang terlafaz dari Sue. Muhammad akur dengan kata Sue.

*** Sue telah melansungkan perkahwinannya dengan lelaki pilihannya. Sue telah berkahwin dengan seorang lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan. Muhammad pula telah melanjutkan pelajarannya di United Kindom. walaupun cinta antara Sue dan Muhammad telah berakhir, namun Sue tak pernah lupakan Muhammad. setiap tangis demi Muhammad telah membuat Sue semakin kuat. setiap sedih dari Muhammad telah membuat Sue bertambah matang. begitu juga dengan Muhammad, dia tak pernah melupakan Sue. namun Muhammad akur, permegian Sue adalah satu hikmah kepadanya. setiap perasaan Muhammad terhadap Sue telah dia pendam sedalam-dalamnya. kini Muhammad lebih tabah dan mula belajar untuk lebih setia.***

*sesungguhnya cinta itu tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan*
*sesungguhnya pengorganan adalah amat penting dalam perhubungan*
*manusia hanya merancang, tuhan yang menentukan~~*

2 comments:

HaKim LeLaKi BiAsA said...

huhu..pening pale aku mula2 nak tawu "hero" citer nie..laki ke pompuan..rupanya dua2..kan??smart2..

named syuhaiba @ ayie said...

hehehehhe... sebab tue kene bace sampai habis.. btw, thnx(!).. =)

iklan nuffnage

becinta