nuffnage iklan

syu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, September 27

i hate this part right here


"tolonglah!"

"huh??, jap2... aku cari orang."
"ape tunggu lagi?!tolonglah cepat!"
"huh?? ok2.."
si gadis menarik tangan si lelaki. "kau okay ke?"
huh.. "kaki aku masuk dalam selut tue. aku nak ambil bola"
hmm..."so kau da ok la kan...hihi"
"thanks ya" "welcome"
ke dua2 si jejak dan si gadis pun berjalan di antara gelanggang sepak takraw yang digunakan untuk game futsal pada malam itu. si gadis sudah kepenantan. tak mampu lagi untuk dia menjadi budak milo pada malam itu. si jejaka pula merasa kesihan pada si gadis. dia yang hanya bertugas untuk menjaga jadual kini membantu gadis untuk mengutip bola yg terjatuh ke kawasan semak. "aku fad, fadli. 'thanks' sebab kau tolong aku tadi." kata si jejaka.aku "ayie, tapi name betul aku aisyah. hihihi"kata si gadis pula...

tanpa mereka sedari mahupun jangka, hubungan mereka pada malam itu makin rapat. walau pun baru beberapa minit berlalu, mereka sudah berkawan seperti teman rapat. sepanjang program futsal tersebut mereka sering bersame. setiap kata-kata di selangi dengan gelak tawa. si gadis merasa senang dengan si jejaka. namun tidak terlintas di fikirannya akan terjatuh hati dengan si jejaka.

tiba-tiba si gadis bersuara " weh.. aku lapar gila ni. korang tak lapar ke?" jejaka pun menjawab, "lapar. tapi kitorang da order burger da." gadis pula menjawab " cantek la tu! korang ambil burger, nanti ambil aku punye nasi goreng tom yam eh." 'slumber' saja si gadis meminta tolong dengan si jejaka. si jejaka pula tidak berkira. " ok, aku nak ambil burger aku ni, ko bagi la duit." "aku da bayar la." jawab si gadis sambil tersenyum. gadis tahu, senyumannya tidak patut di berikan selalu. kate salah seorang rakan nya, kau punyai senyuman yang sangat cantik. jangan senang-senang berikan pada orang. ada yang milik orang pun kau goda karang. "huh! 'impossible' ok!" dengus hati gadis.

sedang gadis mengelamun sambil memerhati barang ada bola yang terkeluar gelanggang, dia di sapa. "woi!" terkejut si gadis. hampir jatuh jantungnya. gadis menoleh, rupanya si jejaka ada di situ. "huh? kau ni! hmm.. mane aku punye nasi?" tanya si gadis sedikit kasar. bukan gadis seorang yang kurang ajar, tapi memang sikapnya yang agak kasar. seperti lelaki mungkin. si jejaka yang memahami pun terus berkata, " tue. ade pada megat." gadis pun meninjau ke arah megat jamaludin. baru dia kenali si megat itu tadi. orangnya biasa saja. tapi bahi gadis, dia memang 'ok'. tanpa berkata apa, dan tersenyum, gadis pun melangkah ke arah megat dan meminta makanan nya. 

disaat gadis memikir kan, macam mana dia mahu makan makanannya kerana tiada sudu, tiba-tiba, ketika program futsal berakhir, tanpa gadis sedari, jejaka ada di belakangnya. "eh ayie, mau nombor kau boleh? tapi aku tak text kau hari ni la. talifon aku di rampas masa suksis itu hari", gadis tersenyum. tak dia sangka, wujud lagi lelaki yang berani meminta nombor talifonnya. hati gadis tergelak sendiri.. lalu gadis pun menjawab, " boleh, tapi ko ingat ke kalau aku bagi?". jejaka pun menjawab, "ala, tulis la atas kertas. boleh ke tidak ni??"
gadis tersenyum lagi. lalu gadis pun mengambil kertas, dan di tulis nombor talifon nya.

hari selih berganti. tiba-tiba, ketika enak gadis mengelamun, gadis mendapat satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak dia kenali, di bacanya satu persatu bait ayat yang tertera. "lah.... fad rupenye.. aku ingat sape la.."
dan hari itu gadis dan jejaka lalui dengan berborak melalui pesanan ringas. hari berganti hari. tanpa di sedari, hari lahir gadis menjelma. gadis mendapat panggilan percuma. tanpa gadis sedari, tangannya menekan papan kekunci talifon nya dan menghubungi jejaka. " hoi fad! kau tak mahu ke 'wish happy birthday' pada aku?" seloroh gadis. jejaka pun menjawab " mesti la aku naak ucap.. hahhahhaha.. weh, aku mau tanya kau sesuatu. hmm...."
gadis kebingungan.. "ape dia??!! cakap la". jejaka pun mengajukan soalan yang gadis juga tak pernah terfikir. "ayie, kau suka aku ke?" hati gadis mula berdebar-debar. "suka, nurr pun suka kau juga, imah pun same juga" jawab gadis. "bukan suka macam tu. maksud aku, kau ada rasa cinta pada aku ke?" tiba-tiba, masing-masing terdiam. gadis juga terdiam sebentar. sepuluh minit berlalu, gadis bersuara," ye aku cinta kau.." jejaka yang suara yang seperti keriangan menjawab," kenapa cinta dan suka fad? tak perlulah..." gadis yang sememangnya bukan jenis yang suka melayan perangai mengada-ngada terus menjawab, " ok" tiba-tiba jejaka pun berkata, "ayie, sebenarnya fad pun suka dan cinta dengan ayie.." sekali lagi suasana sepi melanda mereka.. tanpa sedari, tarikh lahir gadis menjadi tanggal lahirnya cinta mereka.

sebulan berlalu. cuti raya pun tiba. terpaksa mereka, gadis dan jejaka berpisah. gadis pulang ke singapura, jejaka pula pulang ke brunei. mereka meredhai perpisahan sementara itu. tapi gadis seperti tidak mahu berpisah dengan jejaka. terasa dia akan berpisah darinya untuk selama-lamanya. namun di gagahi juga hati nya. gadis pulang ke singapura. selesai pulang, gadis dan jejaka jalani hidup seperti biasa. mereka sering menghubungi antara satu sama lain. tanpa di sedari, gadis merasa terlalu rindu. lalu di gunakan laman web facebook. di tulisnya pada 'wall fad, "budak hangit!! aku rindu kau!" ternanti-nanti gadis untuk jejaka membalasnya.. tapi, hari cerah tak selalunya kekal, mendung tiba-tiba menjelma. seorang wanita meninggalkan komen pada 'posting' gadis. kata wanita tersebut, "rindu pada siapa? fad ke?" lalu gadis pun membalas, "tidak lah, main-main saja 'posting tu". tapi dalam hati gadis tertanya-tanya, siapakah wanita tersebut. kata-kata nya berbau cemburu dan curiga. gadis pun mencari tahu tentang itu. tiba-tiba gadis mendapat kebenaran yang amat memeritkan. rupa-rupanya wanita tersebut adalah kekasih jejaka. mereka sudah kenal sejak di tingkatan empat lagi. hancurhati gadis. lelah rase nya ingin menghirup udara. sebak, sesak dadanya, namun di diam kan.. tidak mahu gadis merisaukan keluarganya. hari di lalui dengan riang yang tipu. tanpa sedari lagi, gadis telah memutuskan hubungan antara dia dan jejaka tanpa rela.

waktu cuti raya telah berakhir. gadis pulang ke malaysia dengan harapan agar dia dapat melupakan jejaka. namun harapan hanya harapan. jejaka masih lagi menghantar pesanan ringkas padanya. masih terserempak dengannya,masih tersenyum padanya. suatu hari mereke keluar bersama. tanpa sedari, gadis yang tampak tegas dan kuat kalah pada dirinya sendiri. gadis dan jejaka duduk bersama. lalu gadis pun berkata, "fad, marah tak kalau ayie kate, ayie masih belum lupakan fad?" hati gadis mulai sebak. jejaka hanya menggeleng kepala. gadis bertanya lagi, "fad tak kisah kalau ayie masih sayang fad?" tiba-tiba jejaka menjawab, "ya, fad tak kisah. fad terima,tapi, kita tak boleh macam ni. kita tak boleh teruskan. ade yang tak dapat fad jelaskan" hancur lagi hari gadis.. hari itu. selepas pulang entah apa yang merasuk gadis. tidak dia mengangis. gadis ketawa dengan kuat, membuat lawak dengan kawan nya, bermain mercun pop pop. seperti sikap nya menjadi luar dari kebiasaan.
tanpa gadis sedari, dia meninggalkan solat dan ibadat nya satu hari itu.. astagfirullahalazim.. hanya itu yang mampu terucap apabila gadis tersedar. pagi itu gadis telah bangun da solat subuh.
di haparan sejadah, menitis air mata gadis. dia berdoa agar dia dapat melupakan jejaka seperti yang jejaka inginkan. hati nya yang renyuk bertanya.. selama ini gadis kuat, gadis tidak pernah cinta akak lelaki sepenuh hatinya. tetapi, bila gadis mula mencintai jejaka sepenuh hati, mengapa ini pula yang terjadi. gadis merelakan saja ape yang terjadi. mungkin ini takdir tuhan..biarlah takdir yang menentukan segalalnya. bisik hati kecil gadis, walaupun dia bukan milikmu lagi, simpanlah dia di satu sudut hatimu, sesungguhnya dia adalah antara kenangan yang kau ada. namun lupakanlah rasa cinta mu agar tak lagi kau tersiksa... akhirnya gadis akur dengan takdirnya. gadis meneruskan pelajarannya seperti biasa. di tanam cerita antara dia da jejaka dalam-dalam agar tidak dapat di gali lagi.. mungkin benar kata orang, cinta sejati tak mungkin bersama. cinta sejati perlukan pengorbanan. ini bakan lah berakhirnya cerita gadis, namun, kisah gadis yang sebenar baru sahaja bermula... moga-moga gadis menemui cinta yang halal nya suatu hari nanti. .........


4 comments:

HaKim LeLaKi BiAsA said...

not bad.. :)

named syuhaiba @ ayie said...

hakim ; tq2.. hheheh... =)

nur_syahida said...

hai, cerita sebenar ke.

named syuhaiba @ ayie said...

x r... mne dtg plak cte sbenar.... imiginasi ni....

iklan nuffnage

becinta